Thursday, March 15, 2012

Cacat

Salam,




Hari tu aku ada tengok cerita kat TV pasal orang ada anak cacat tapi malu nak mengaku kat orang yang dia ada anak cacat..benci pada anak sendiri hingga boleh membunuh anak suci itu...dan kenapa lah manusia selalu anggap orang cacat ni macam hina,,,mereka bukan cacat tapi istimewa...
 Kerajaan pun dah iktiraf Orang Kurang Upaya (OKU) kepada Orang Kelainan Upaya (OKU)..

Secara fizikalnya mereka memang x sempurna pada tubuh badan mereka, tapi kita yang sempurna ini mungkin jadi lebih cacat pada mereka secara zahirnya, cacat otak degil kepala batu, cacat hati keras ketegaq...

Siapa kita nak pandang rendah pada mereka,,,apa yang ada pada diri kita pun semua milik Allah, bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil dari kita...jalan keluar rumah kena langgar kereta, boleh jadi cacat....bangun pagi terus xde suara....x mustahil semua itu..

Kelebihan mereka lagi satu, kalau mereka tiada tangan atau kaki atau mata atau suara..itu semua x perlu jadi saksi untuk perbuatan mungkar mereka kat dunia ni...yang terencat x boleh pikir apetah lagi..kita yang sempurna ni lagi kena jaga semua tu...

Mungkin ibu bapa x sedar, anak-anak cacat ini adalah tiket masuk syurga...nanti kat akhirat anak-anak hati suci ini tidak akan masuk syurga selagi ibu bapa mereka tak masuk..mereka inilah yang tarik ibu bapa masuk syurga...InsyaAllah



'Apa diharap pada hati manusia yang berubah, mata yang menipu,,,,Sesungguhnya Allah itu lebih Mengetahui....'

2 comments:

  1. Replies
    1. kan...itu yang cacat,,yang sempurna pun bole dibunuhnya..seriously lau xnak bagi aku la..

      Delete