Thursday, March 15, 2012

Cacat

Salam,




Hari tu aku ada tengok cerita kat TV pasal orang ada anak cacat tapi malu nak mengaku kat orang yang dia ada anak cacat..benci pada anak sendiri hingga boleh membunuh anak suci itu...dan kenapa lah manusia selalu anggap orang cacat ni macam hina,,,mereka bukan cacat tapi istimewa...
 Kerajaan pun dah iktiraf Orang Kurang Upaya (OKU) kepada Orang Kelainan Upaya (OKU)..

Secara fizikalnya mereka memang x sempurna pada tubuh badan mereka, tapi kita yang sempurna ini mungkin jadi lebih cacat pada mereka secara zahirnya, cacat otak degil kepala batu, cacat hati keras ketegaq...

Siapa kita nak pandang rendah pada mereka,,,apa yang ada pada diri kita pun semua milik Allah, bila-bila masa sahaja Allah boleh ambil dari kita...jalan keluar rumah kena langgar kereta, boleh jadi cacat....bangun pagi terus xde suara....x mustahil semua itu..

Kelebihan mereka lagi satu, kalau mereka tiada tangan atau kaki atau mata atau suara..itu semua x perlu jadi saksi untuk perbuatan mungkar mereka kat dunia ni...yang terencat x boleh pikir apetah lagi..kita yang sempurna ni lagi kena jaga semua tu...

Mungkin ibu bapa x sedar, anak-anak cacat ini adalah tiket masuk syurga...nanti kat akhirat anak-anak hati suci ini tidak akan masuk syurga selagi ibu bapa mereka tak masuk..mereka inilah yang tarik ibu bapa masuk syurga...InsyaAllah



'Apa diharap pada hati manusia yang berubah, mata yang menipu,,,,Sesungguhnya Allah itu lebih Mengetahui....'

Kelebihan Hari - Hari Dalam Islam

Salam,




Hari ini aku nak kongsi tentang hari2 dalam Islam...isnin - ahad,,,,

isnin - banyak peristiwa2 kebesaran dalam Islam

selasa - banyak peristiwa2  wafat dan meninggal (dahla aku aku lahir hari selasa,,huhu)

rabu - banyak peristiwa2 kehancuran

khamis - x tau nak klasifikasi apa

jumaat - penghulu hari, hari yang mulia, tarikh pilihan pernikahan (elokla bernikah hari jumaat), dan juga hari berlakunya kiamat

 untuk info yang lebih details bacalah kt sini..(malas nak tulis)..Kelebihan hari dalam Islam

semua orang tahu hari jumaat adalah hari kebesaran dalam Islam kan, dan permulaan hari adalah bermula masuk maghrib pada malam khamis itu, sebab itulah sunat baca Yaasin pada malam Jumaat untuk memulakan hari dengan keredhaan Allah...

Ustazah cakap,
Seeloknya kita selepas asar itu banyakkan berzikir, membaca surah2 supaya dosa kita diampunkan sepanjang minggu itu, malaikat Raqib dan Atib akan bawa ke langit amalan kita sepanjang minggu itu pada waktu sebelum maghrib untuk dipersembahkan kepada Allah. kalau boleh banyakkan berdoa selepas solat Asar supaya malaikat boleh bawa doa kita sekali...InsyaAllah...

renungkan2..dan selamat beramal !

Tuesday, March 6, 2012

aku lagi prefer...

Salam,

Dalam banyak2 baju,,perempuan paling banyak baju...macam2 baju ada.  Perempuan akan pakai berjenis2 baju untuk kelihatan cantik. Hari ni aku nak buat comparison mana aku lagi rasa cam lagi best untuk dressing hot and sexy (from my opinion).

1) I prefer lace than silk dress...silk will more reveal your fat. wear it if u definitely have great well proportioned body. Lace seems classic and elegance.


2) Bare at the back seems more seductive than exposing  way too much on your cleavage part.


3) Leopard pattern is hotter than zebra pattern. because the pattern represents the powerful, beautiful and harmful animal itself.


4) This dressing way way definitely hottest and sexy to me. there is nothing to compare than the 'cross out' one.

5) Boots more hotter than high heel to me.


                                                 (dredit pic butik ixora,,sebelah ni x tau)

6) Last sekali,,baju pengantin yg labuci2 bagai,,,serabut la bagi aku...prefer yang simple..

Saturday, March 3, 2012

Belajar Menjahit

Salam,





Aku dah lama nak belajar jahit. Aku admire betul tengok orang yang pandai menjahit ni. Sangat keperempuanan kan. Dengan ilmu Kemahiran Hidup dulu aku dah lupa dah jahit butang ke hape..Setakat ni dapat jahit kain or baju koyak je then modified2 sikit..Semalam mama cakap nak hantar aku kelas menjahit..menjahit apa2 la...pastu nak belikan mesin jahit..waa...sukanya....

mama, sarah nak yang ni bole..hahahaha


Kalau dapat belajar jahit....aku dapat bayangkan betapa jimatnya duit...

BAJU
kos jahit baju kurung kt KL ni RM40+......belum kebaya lagi atau baju yang aku design sendiri. kalau dapat jahit sendiri aku xde keluar kos sangat kot...kain pasang mak aku yang beli....just beli accessories  yang nak dipahatkan...bagusnya...

biasanya kain paling murah 4 meter RM30 + kos jahit RM50...RM80 dah. baik beli baju da siap.

boleh jahit baju yang aku design sendiri..setakat ni idea ada tapi nk jahit x reti....kan....farhana.....Nanti boleh jahit untuk family aku...pastu kalau kawin bole jahit baju baby...

boleh jahit CADAR, LANGSIR, SELIMUT, ALAS MEJA, BEG,...hopefully la aku master semua benda ni...tapi masalahnya...cukup ke masa nka buat semua tu....yela...nak berkerjaya lagi..kalau full time housewife lain la.

Cakap pasal full time housewife ni,,x ramai perempuan nak pilih begitu dah...banyak sebab....antaranya sebab dorang ada diploma, degree, master, phd sume.....mestilah nak kerja.da belajar pandai2 kan....walaupun husband diorang dah gaji besar.

yang kedua..walaupun x belajar pandai2 tapi dah husband dorang gaji sikit...nak buat camne kena kerja...kos sara hidup sekarang makin tinggi....semua nak kena bayar....bukan macam dulu kala....x pyh byr bil api, air elektrik...hanya pikir kos makan, pakai, pendidikan anak-anak je.

yang ketiga...sebab bosan...bosan dengan rutin harian yang sama setiap hari pastu x mengadap dunia luar sangat. At least diorang ni nak buat homemade bisnes la. tempahan cookies ke cupcakes ke.

yang keempat...because of passion...especially passion in teaching,...sukanya terhadap kerja mereka..x boleh lepaskan...kalau boleh sampai mati dorang memang nak kerja tu je. huhu....(mama aku pun ckp sampai dia dah tua nyanyuk pun akan ajar add math lagi...wooo).

Ada kawan2 aku memang tentang habis dan pandang rendah la housewife ni...haha...contohnya insan bernama Zuraini Idirs dengan Mickey Ayu...hahaha

Aku kadang2 adore gak housewife ni...they leave their careers and throw their dreams just because to focus taking care of their family...huhu...tapi kesian juga kalau dapat husband yang cheating on their wife while they trust them 100%...kejam betul.

aku boleh jadi housewife as long as kalau dapat husband steady and ada boleh buat bisnes sendiri (Nanti lau kena tinggal, at least ada duit..haha). I don't really put dreams on my path of career even if (I have one). My dream will only for my family and (other small things....hhaha)....what I mean is...I can sacrifice my dream and career if i have to......... At least their mom has to spend time with their kids rite.....

Emmm....asalnya cerita pasal jahit je...ni dah expand sangat dah ni....ok bye.


p/s : skang ni pun duit gaji aku..nak bayar hutang ptptn and for my beloved mom and siblings! hahaha

Thursday, March 1, 2012

nasi oh nasi...

Salam,




ai bosan la aku x boleh tido la malam ni...huhu....ni yang nak tulis blog tapi x berapa nak ada idea...so i just pick up something yang ada dalam kepala aku la...nasi (hahaha)

Aku x boleh hidup tanpa nasi...kalau aku x makan nasi dalam sehari rasa macam something lost je...haha...macam mana la nak kurus...rasanya nasi yang buat perut buncit...itu la..adoi

tapi walau camne pon aku tgh try utk diet mkn nasi sikit je....nasi ni sangat sedap bila dimakan dengan ikan bakar dan budu atau sambal sahaja....haa....sebab kat situla nampaknya kesedapan nasi tanpa bergantung pada lauk-pauk lain....(orang kata...cakap je la malas masak..huhu)

aku suka makan nasi yang da suam2 + lauk panas..ha..sedap2

nasi dari beras putih dan beras perang. beras perang ni bagus untuk kesihatan..kalau masak nasi biasa dengan beras perang x sedap sangat. tapi kalau buat briyani atau nasi minyak baru sedap...

lagu satu beras perang ni..one of makanan high fibre...high fibre ni boleh kecilkan pinggang...hehe 

Ketahui tahap masak nasi anda :

Tahap 1 - guna sukat...kalau beras 3 cawan...air tambah 1 cawan...atau pun sukat dgn rice cooker yang ada kat tepi tu...

Tahap 2 - guna jari...cane nak describe ek..ala mostly tau la

Tahap 3 - guna mata je..haa..yang ni aku masak camni la...tengok je..da tau air cukup ke x,,,hahaha..konon hebat la...


p/s : mama cakap masak nasi ni menggambarkan hati kita..kalau kita jenis masak nasi keras, kerasla hati kita, lau lembut, lembut la...emmm...x tau la....(merepek je entry aku..haha)

wassalam