Salam.
Antara dua cinta ni bukanlah perasan dilema yang mengada-ngada untuk mencintai dua lelaki ke hape. Tapi sebenarnya adalah tajuk lagu yang sangat aku gemari.
Lagu yang dimaksudkan ialah lagu nasyid dari Nazrey Johari (Raihan dulu), dulu dia ada record ngan Raihan, bila dah solo, dia nyanyi balik lagu tu dengan music arrangement yang lain and much better voice I think. First time dengar lagu ni memang terasa je. Segala bait2 lirik tu benar belaka. Memang sinonim je dengan sikap dan kehidupan kita sekarang....
Cuba dengar lagu ni..(short version punya)
Ini liriknya :
apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman
dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana
di padang pasir
panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
dilihat ada ditangkap hilang
Tuhan.. leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak ku mampu
mengumpul dua cinta
hanya cintaMu ku harap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang kubunuh
aku paling sedih yang part chorus last tu..yang dihighlight tu...memang the best lirik ever..
kalau kita sebut selalu jadi doa la start part...Tuhan....So hopefully kalian semua boleh ambil pengajaran la dari lagu yang memberi kesedaran ini.
" Jihad yang paling besar sekali adalah jihad melawan nafsu...janganlah kita tunduk kepada nafsu dan hasutan syaitan yang sentiasa menjadi sempadan diri kita dengan iman...."
p/s : Aku bukan la peminat nasyid tapi aku suka juga dengar,,,sebagai muhasabah diri
hehe..paling best muhasabah diri kat chnnl astro al hijrah..syok..mmg myentuh kalbu..;)
ReplyDeletebetul2..best dengar
Delete