Salam,
Hari ini aku nak bujet alim sikit la...nak cerita pasal couple...hihi
Couple secara kasarnya bermaksud
berpasangan
Tapi lebih sinonim dikaitkan dengan
pasangan bercinta, berpacaran, sepasang kekasih, berpakwe makwe, boyfriend girlfriend atau apa-apa la seumpamanya adalah istilah majoriti besar yang dah memang terang tang-tang melibatkan lelaki dan perempuan tanpa
hubungan yang halal.
Tapi benda ni da jadi biasa sangat zaman sekarang ni (kalau tahun dulu2 tak tahu la sebab aku x lahir lagi) tapi mama cakap dulu kalau berpacaran pun mana ada berani macam sekarang,,sorok2 boleh la.
Betul la dunia akhir zaman,,,dosa dianggap biasa kan.
Sekarang ni majoriti remaja memang bercouple la..kalau aku tengok muka pun dah tau orang tu da ada bf ke gf. Lagi satu tanda, dok asyik dengan handset balas sms...sampai nak makan dok hadap handset..tau tak benda tu sangat2 annoying pada orang sekeliling.
Couple ni bagi aku....
- Boleh menghampiri zina - x kisah la zina apa pun,,kalau dah dok berdua tu...ada la temptation apa2
- Membazir Masa - Yelah nak berdating la, nak bersiap mesti nak cantik2, smart2, da ambil masa da
- Membazir Duit - nak topup lagi, nak call berejam2, nak kuar dating, duit lagi, nak belikan hadiah untuk awek, kalau x merajuk
- X mendatangkan faedah - cakap perkara sia2, ("kalau i jadi avatar..u sanggup x jadi avatar") benda yang x pasti - ("u nanti nak berapa orang anak")
Tapi itu semua apa yang aku fikir, kalau korang nak deny suka hati la...yang penting aku dah berdakwah (aku dah jalankan tanggungjawab aku)...kalau korang pikir cara aku salah, x kisah la (dah itu je yang mampu aku pikir)...
Mungkin bagi sesetengah pihak, couple tu ada yang mendatangkan faedah,,,sebagai contoh :
- Sebagai sumber inspirasi (macamlah mak ayah, family x boleh)
- Sebagai pembakar semangat untuk belajar (ooo...belajar semata-mata utk awek la)
- Sebagai motivasi untuk berubah ke arah baik (yelah,,berubah demi pakwe bukan sebab Allah)
- dan lain2 (banyak la sangat faedahnya)
Aku ni bukan bagus mana sangat, bukannya pakai tudung labuh, islamic ke hape tapi aku sentiasa nak jadi insan yang lebih baik...dan aku cuma mengajak masyarakat ke arah itu.
Aku frankly speaking tak pernah
couple sampai sekarang dan aku tak pernah teringin pun nak
couple.
Selain aku aku tahu
couple itu boleh mengundang zina (Rasulullah S.A.W pernah bersabda : Jangan kamu dekati zina). Aku rasa aku dah cukup terima kasih sayang lelaki daripada abah,abang dan adik lelaki aku....
Gedik macammana pun aku atau tak sempurna menutup aurat pun aku tak akan
couple....huhu
Kat
sekolah dulu pernah la
suka bodoh2 dah semua orang nak
suka orang kan,,aku pun amik satu la (semata-mata). Cikgu aku pun cakap suka orang ni macam permainan hormon je
Tapi masa kat
matrik dengan kat
uni pun aku
xde suka orang juga (
suka bodoh2 tu ada la).
Masa kat u aku bila aku borak ngan kawan2 yang xde bf gak. Kteorang selalu rasa macam
loser la takde bf tapi dalam
hati aku sebenarnya x la rasa camtu. Salah satu
sebabnya mungkin la aku tak cantik atau tak menarik di mata lelaki
...haha
X couple, x laku, xnak couple
Tapi ada betul juga, tang tak laku tu,,,haha..ada je yang x couple tapi desperate sangat nak bf
Aku tak nak couple tapi nak juga orang minat aku, nak test market la.....tapi xde pun...haha....
Mama cakap Allah sayangkan kita, Allah jaga kita, Allah nak jodohkan orang yang baik untuk kita....emmmm.....InsyaAllah~
Camnilah...cikgu aku kat
SEMESTA nama Cikgu Latifah pernah cakap "
kalau kita sukakan seseorang itu mungkin tidak kena pada masanya (masa sekolah)..lebih baik kita pendamkan kerana itu dipanggil sebagai jihad juga dan kita ingin memilikinya pada jalan Allah"
Tapi aku tengok lelaki sekarang ni nak perempuan cantik je. Bak kata kawan aku Mastura Comey (nama fb)
"Lelaki ni,,rumah nak besar,kereta nak besar,bini nak kecik.."..haha
Tapi aku tengok lelaki sekarang ni banyak suka yang free hair and sexy2 la..asal je laki tu hot+hensem,,awek kat sebelah conform2 memang hot babe
selalu aku tengok ........
laki ensem + awek lg cun........
ada jugak
laki x ensem + pun awek cun juga
......emm
itu menunjukkan perempuan memang ramai dan perempuan tidak memilih....emmmm
Orang kata...kalau x couple susah la......nanti x kenal hati budi....main kahwin je....pastu nanti bercerai-berai....
Sapa suruh pikir camtu,,,pikir la yang baik2...Ikhlaskan dalam hati dan berdoa, aku nak mencari jodoh untuk aku nikahi, jodohkanlah aku dengan jodoh yang baik dan sesuai untuk diriku Ya Allah.....
Sebab tu Rasulullah S.A.W nasihat kalau nak berkahwin...cari teman2 rapat, ahli keluarga, tanyakan tentang dia...lebih kurang macam elok bernikah dengan orang yang kawan2 atau family kta kenali sebab dah tau hati budi ngan perangai.....camtu la
Nak elak couple...
1)
First sekali, minda dan hati kena kuat. setkan dalam
minda yang
couple is nonsense......fokuskan dalam
hati yang korang nak study dulu, nak kerja dulu, xnak fikir bercinta lagi, InsyaAllah (berdoa pada Allah)
2) Tapi kalau dah terlanjur suka,,,atau
bercinta,,,terpaksa la sabar...nak
kahwin conform parents x kasi....sebab belajar lagi...nak couple....tinggi cabaran
dosanya......so parents atau diri sendiri kena
sacrifice la salah satu.
3) Kalau untuk yang dah
bekerja tu,,,kalau da jumpa yang
berkenan..,,cepat2la bawak jumpa mak ayah...bakal besan berbincang then bernikah la.
this picture credit from http://design-seeds.com/index.php/P1544
Kita ni kalau nak jadi perfect baru boleh nak nasihat orang payahla,,,mana ada orang yang perfect...sedangkan orang yang tudung labuh nasihatkan,,x nak dengar,,,nak cari juga kesalahan dia, orang yang lagi baik dari kita.. ni la sikap orang melayu semuanya nak condem.
Senang cerita camnilah,,,ada benda yang kita tahu,,mungkin mereka tidak tahu,,,,atau sebaliknya,,semua orang ada ilmu di tempat kelebihan mereka masing2 sebab otak kita x sama...Jadi bukakan hati dan minda untuk terima nasihat, tunjuk ajar....tak kisahlah orang alim ke, orang kaya ke, miskin ke, pandai ke...x kisahla..
Kita semua ni manusia,,,Inilah lumrah kita yang Allah cipta...kena saling tolong-menolong, hormat-menghormati, nasihat-menasihati, dan saling sayang menyayang.
Rasulullah S.A.W bersabda
" Kamu adalah saudara Islam bagi saudara Muslim yang lain"
p/s : apa-apa pun semua atas diri sendiri je.....terpulang nak accept cane kan...masing2 ada akal...bole pikir